from RM 4,990.00
Book Now

South Korea – Musim Bunga

Not Rated
Created with Sketch.

Duration

8 Hari 6 Malam

Created with Sketch.

Tour Type

Specific Tour

Created with Sketch.

Group Size

Unlimited

Created with Sketch.

Languages

English, Korean

Itinerary

HARI 01 : KUALA LUMPUR (KLIA)

02 APRIL 2020 (KHAMIS)

Berkumpul di tingkat 5, Departure Terminal, KLIA pada jam 10:00 malam untuk urusan check in bagasi dan serahan
boarding pass.

HARI 02 : KUALA LUMPUR (KLIA) – INCHEON AIRPORT (SEOUL) – SEOUL CITY

03 APRIL 2020 (JUMAAT)

Kita dijangka berlepas ke Incheon Airport pada jam 01:05pagi dan dijangka tiba di sana pada jam 08:35pagi. Setelah tiba
disana, kita akan berjumpa dengan pemandu pelancong dan kita akan mulakan lawatan ke Namsan Hanok Village. Di
sana, kita akan melihat suasana kehidupan tradisional masa lalu penduduk Korea Selatan. Seterusnya, kita akan
menikmati keindahan dan kemeriahan Taman Tema Everland yang terbesar di Korea beserta lawatan ke Safari. Selepas
itu, kita akan dibawa “shopping” di Dongdaemun Market – atau dikenali dengan nama “Gerbang Besar Timur” yang
merupakan pusat komersial yang terbesar di Seoul, pusat membeli belah utama yang terdapat disini adalah Doosan Tower
(Doota Mall), Migliore, dan Hello APM. Selesai lawatan dan makan malam kita akan terus ke hotel. Berehat. Bermalam di
Seoul. ~MT/MM~

HARI 03 : SEOUL

04 APRIL 2020 (SABTU)

Selepas sarapan pagi, kita akan melawat Gyeongbokgung Palace yang terletak di Utara Kota Seoul. Istana ini telah dibina
pada tahun 1394. Seterusnya, kita akan melawat Cheong Wa Dae(The Blue House). Ianya merupakan rumah kediaman
presiden Korea Selatan. Selepas itu, kita akan merasai budaya korea seperti membuat kimchi dan memakai pakaian
tradisional Korea. Kemudian, kita akan dibawa ke Namsan Park dan Namsan Tower (not include observatory).
Seterusnya, kita akan ke “shopping” di Myeongdong Street, di sini terdapat pelbagai barangan kosmetik dan skincare.
Selesai lawatan kitan akan terus ke hotel dan berehat. ~SP/MT/MM~

HARI 04 : SEOUL - NAMI ISLAND

05 APR 2020 (AHAD)

Selepas sarapan pagi, kita akan menaiki bas menuju ke Nami Island. Nami Island merupakan pulau yang diambil nama
sempena nama salah satu pahlawan di korea Selatan iaitu Jeneral Nami dan makam beliau juga terletak di sini. Nami Island
juga terkenal menerusi drama korea “Winter Sonata” serta terdapat banyak spot-spot untuk ‘snap’ gambar yang cantik.
Seterusnya, kita akan dibawa melawat Le Petite France juga dikenali sebagai “Little French Village”. Disini popular dengan
tempat rakaman drama korea “My Love From The Star”. Terus ke hotel untuk check in, makan malam dan berehat.
Bermalam di Nami Island. ~SP/MT/MM~

HARI 05 : NAMI ISLAND - SEORAKSAN

06 APRIL 2020 (ISNIN)

Selepas sarapan pagi, kita akan mulakan lawatan ke Taipo Port Seafood Market. Seterusnya, kita akan teruskan lawatan
ke Seoraksan National Park, ia adalah taman nasional Korea Selatan atau kawasan pegunungan yang terletak di
Gangwon-do. Tempat ini juga sudah terdaftar di UNESCO sebagai salah satu satu tapak warisan duniapada tahun 1982.
Seoraksan juga merupakan salah satu gunung tertinggi di Korea. Setibanya disana, kita akan melawat Sinheungsa, ia
adalah sebuah kuil yang dulu disebut Hyangseongsa dan dibangun oleh Jajangyulsa (590 – 658). Selesai lawatan kita akan
terus ke hotel untuk check in, makan malam, dan berehat. ~SP/MT/MM~

HARI 06 : NAMI ISLAND – SEOUL - JEJU ISLAND

07 APRIL 2020 (SELASA)

Selepas sarapan pagi, kita akan menaiki bas untuk bergerak ke Seoul. Selepas makan tengahari, kita akan kita akan
bergerak ke Gimpo Airport unutk mengambil penerbangan domestik dan berlepas ke Jeju Island. Setibanya disana, kita
akan dibawa melawat Yongduam Rock (Dragon Head Rock), disini mempunyai pemandangan pantai Korea yang sangat
indah dan menawan. Nama tempat ini sendiri diambil dari batu di tepi laut yang menyerupai kepala naga. Kemudian kita
akan dibawa melawat Mysterious Road. Mysterious Road menghubungkan dua jalan raya utama di Jeju dan ianya digelar
sebagai jalan raya misteri kerana kenderaan yang diletakkan disana boleh berjalan sendiri tanpa pemandu. Selesai
lawatan, kita akan bergerak ke hotel untuk check in, makan malam serta berehat. Bermalam di Jeju Island. ~SP~

HARI 07 : JEJU ISLAND

08 APRIL 2020 (RABU)

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Selesai makan, kita akan memulakan lawatan ke Chengshan Sunrise Peak. Chengsan
Sunrise Peak merupakan sebuah kawasan gunung dimana kita dapat melihat pemandangan matahari terbit di puncaknya.
Gunung ini juga telah dimasukkan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO. Seterusnya, kita akan dibawa melawat
Chenghuang Folk Village. Di sini, kita akan melihat kehidupan tradisional yang masih ada di Korea. Kemudian, kita akan
bergerak ke Tiandiyuan Waterfall. Setelah itu, kita akan melawat Teddy Bear Museum. Di sini, kita akan dapat
mempelajari pelbagai maklumat dan melihat pelbagai jenis teddy bear . Terus ke hotel untuk check in, makan malam dan
berehat. Bermalam di Jeju Island. ~SP/MT~

HARI 08 : JEJU ISLAND – JEJU AIRPORT – KLIA( KUALA LUMPUR )

09 APRIL 2020 (KHAMIS)

Sarapan pagi, jam 11:00 pagi check out hotel. Shopping, pada jam 2:00 petang. Kita akan bertolak ke Jeju Airport. Check in
bagasi dan dijangka berlepas pada jam 18:05 petang dan dijangka tiba di KLIA pada jam 23:05 malam. ~SP

Included/Exclude

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas Ekonomi (Air Asia )
  • Tiket penerbangan domestik
  • 6 Malam Penginapan – di 4 Star Hotel (02 orang sebilik)
  • Jadual makan dan minum seperti di dalam aturcara
  • Jadual pengangkutan dan semua lawatan seperti di dalam aturcara
  • Entrance Fee seperti dalam aturcara
  • Airport Tax pergi dan balik
  • Bagasi pergi dan balik – 20kg seorang
  • Travel Insurance
  • Khidmat Tour Leader dari kami.
  • Perbelanjaan sendiri seperti telephone, mini bar dll.
  • Tipping – USD 40 seorang
  • Optional Tour -Seoul Tower

Tour's Location

FAQs

PENGINAPAN
JEJU ISLAND - Jeju with hotel or similar
NAMI ISLAND - Daemyung Resort or similar
MOUNT SEORAK - M Stay Hotel or similar
SEOUL - Coop City Hotel or similar

Reviews

0/5
Not Rated
Based on 0 review
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
Showing 1 - 0 of 0 in total

Write a review

Created with Sketch.
from RM 4,990.00

Inquiry

You might also like

Get Updates & More

Thoughtful thoughts to your inbox