from RM 7,990.00
Book Now

Terokai 3 Tan Asia Tengah (Uzbekistan-Kazakhstan-Kyrgyzstan)

Not Rated
Created with Sketch.

Duration

10 Hari 7 Malam

Created with Sketch.

Tour Type

Specific Tour

Created with Sketch.

Group Size

Unlimited

Created with Sketch.

Languages

English

HIGHLIGHTS

  • Uzbekistan - Terkenal dengan masjid-masjid, mausoleum dan tapak-tapak lain yang dikaitkan dengan Jalan Sutera, laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean.
  • Kazakhstan - Negara Asia Tengah dan bekas republik Soviet, memanjang dari Laut Kaspia di barat ke Pergunungan Altai di sempadan timurnya dengan China dan Rusia.
  • Kyrgyzstan - Negara paling indah di Asia Tengah. Gunung yang cantik yang didiami oleh semi-nomad moden serta tasik alpine besar yang mengamati landskap yang dicirikan oleh kampung-kampung yang menawan.

Itinerary

HARI 1: KUALA LUMPUR – TASHKENT (MM)

08 APRIL 2020 (RABU)

Berkumpul di KLIA 3 jam awal untuk urusan check in bagasi dan boarding pass. Penerbangan ke Taskhent pada
pukul 19:50.

HARI 2: TASHKENT – ALMATY (SP/MT/MM)

09 APRIL 2020 (KHAMIS)

Jemaah dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, Uzbekistan pada pukul 05:10 pagi dan akan dijemput oleh tour guide. Sarapan di restoran. Memulakan lawatan ke Khasti Imam Complex yang terdiri daripada Madrasah Barakkhan dan Muzium Al-Quran di mana terdapat Al-Quran asal kurun ke-7 Othman yang ditulis pada kulit rusa yang masih dipelihara.

Jangan ketinggalan peluang mengambil gambar Masjid Minor. Ia merupakan masjid baru yang dibina pada tahun 2013 dengan konsep “Eastern Architecture”. Dari jauh, ia kelihatan bersinar di bawah langit yang jelas dan kubah biru seolah-olah lenyap di langit. Makan tengahari di Plov Center.

Kemudian, kita akan ke airport semula untuk penerbangan ke Almaty pada pukul 15:20 petang. Tiba sahaja di Almaty, driver akan pick-up group di airport. Makan malam dan check-in hotel. Bermalam di Almaty.

HARI 3: ALMATY (SP/MT/MM)

10 APRIL 2020 (JUMAAT)

Sarapan di hotel. Kita akan memulakan lawatan Almaty ke Panfilov Park – ia dinamakan sempena 28 wira, yang meninggal dunia demi memerdekakan negara. Kemudian, kita akan melawat Zenkov Cathederal – yang merupakan bangunan tertua di bandar tersebut yang diperbuat dengan kayu keseluruhannya, dan tanpa sebutir paku. Di sana terdapat juga Kompleks Memorial yang dikhaskan untuk Perang Dunia Kedua dan dengan eternal flame.

Seterusnya, kita akan ke Green Bazaar – salah satu tempat kegemaran pelancong untuk membeli belah. Kita akan ke Central Moslem Mosque, Republic Square dengan tiga monumen utama Kazakhstan dan Obelisk yang dikhaskan untuk kemerdekaan.

Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Almaty.

HARI 4: ALMATY – BISHKEK (SP/MT/MM)

11 APRIL 2020 (SABTU)

Sarapan di hotel, check-out dan bertolak ke Bishkek. Tiba di Bishkek, check-in hotel dan memulakan lawatan. Lawatan kita terdiri daripada lokasi-lokasi bersejarah yang menampilkan Philharmonic, patung Kyrgyz National Hero Manas – (Ia merupakan monumen yang mendapat pengiktirafan UNESCO di atas kisah Manas yang berjuang untuk menyatukan suku bangsa Kyrgyz yang berbalah menjadi satu bangsa dan menuntut tanah nenek moyang mereka), Dataran Ala Too, Monumen Kemerdekaan, dan Muzium Sejarah Negeri.

Seterusnya, kita akan membelibelah di Central Department Store yang dikenali sebagai TSUM. Makan Malam di Restoran. Bermalam di Bishkek.

HARI 5: BISHKEK – FERGANA – KOKAND (SP/MT/MM)

12 APRIL 2020 (AHAD)

Sarapan awal di hotel dan check-out. Kita akan ke Bishkek Airport untuk mengambil penerbangan ke Osh yang berlepas pada pukul 07:35 pagi. Dijangka tiba di Osh pada pukul 08:25 pagi. Kemudian, kita kan melawat Suleiman- Too Museum – Ia dibina di dalam satu gua yang sebahagiannya diubah suai – ditambah tangga dan beberapa koridor yang diperbesarkan untuk dijadikan muzium.

Kemudian, kita akan bergerak ke Dustlik Border dan melalui sempadan antara Osh, Kyrgyzstan dengan Andijan, Uzbekistan. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kita akan ke Margilan melalui Fergana. Margilan adalah tempat yang sangat terkenal dengan bahan sutera yang dihasilkan di sini, yang dihantar ke tempat-tempat sejauh Mesir dan Greece di sepanjang “The Great Silk Road”. Semasa lawatan ke kilang sutera, kita boleh lihat bagaimana mereka proses fabric sutera.

Seterusnya, kita akan berhenti ke Rishtan Town – sebuah pekan yang sangat terkenal dengan penghasilan produk tembikar. Kebanyakan motif tembikar Rishtan termasuklah arabesik geometrik, motif tumbuhan dan ilustrasi haiwan dan manusia.

Kemudian, kita akan meneruskan perjalanan ke Kokand City. Di sana, kita akan melawat Khudajar Khan Palace – Istana tersebut adalah antara bangunan besar seni bina Islam yang terakhir. Tidak jauh dari situ, kita akan melihat salah satu kuburan
terbesar di Kokand.

Makan malam di restoran tempatan. Check-in hotel dan bermalam di Kokand.

HARI 6: KOKAND – TASHKENT (SP/MT/MM)

13 APRIL 2020 (ISNIN)

Sarapan awal di hotel dan check-out. Kita akan menuju ke stesen keretapi untuk perjalanan ke Tashkent pada pukul 07:55 pagi dengan menaiki kereta api laju. Tiba di Tashkent, makan di restoran tempatan dan check-in hotel.

Selepas berehat, kita kan memulakan lawatan ke Amir Timur Museum. Kemudian, kita akan walking tour di dalam Amir Timur Square, Broadway dan Independence Square. Kita juga akan meneroka Tashkent Subway.

Seterusnya, kita akan ke Suzuk Ota Complex yang terdiri daripada sebuah makam, sebuah masjid, dua menara tinggi 30 meter, aivans (teres), sel-sel, bengkel dan perpustakaan, adalah salah satu yang tertua di Tashkent.

Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Tashkent.

HARI 7: TASHKENT – SAMARKAND (SP/MT/MM)

14 APRIL 2020 (SELASA)

Sarapan awal di hotel dan check-out. Kita akan menuju ke stesen keretapi untuk perjalanan ke Samarkand pada pukul 08:00 pagi dengan manaiki bullet train Afrosiyob. Menikmati pemandangan yang indah disepanjajng perjalanan dan dijangka tiba di Samarkand pada pukul 10:10 pagi. Melawat Imam al Bukhari Complex – ahli teologi yang terkenal, pengumpul hadith (Hadis - sains Hadis, laporan mengenai ucapan dan perbuatan Nabi Muhammad).

Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian terdapat makam indah jed Gur-i-Emir, tempat peristirahatan Tamerlane, yang kini sedang dikembalikan oleh kerajaan Uzbek sebagai wira negara. Mungkin harta karun yang paling besar adalah Registan Square, penciptaan Tamerlane yang luar biasa, kompleks kubah dan menara, masjid dan medrassa yang luas.

Makan malam dan bermalam di Samarkand.

HARI 8: SAMARKAND – TASHKENT (SP/MT/MM)

15 APRIL 2020 (RABU)

Sarapan di hotel dan check-out. Memulakan perjalanan ke Tomb of Khodha Daniyar – Makam yang dipulihkan dari nabi, Perjanjian Lama Daniyar (Daniel) adalah sebuah struktur yang panjang dan rendah dengan lima kubah, yang berisi sarkofagus 18m - legenda mengatakan bahwa tubuh Daniel tumbuh setengah inci setahun sehingga sarkofagus telah diperbesar di atas berabad-abad lamanya.

Kemudian, kita akan lawati Balai Cerap Ulugbek, di mana sebahagian daripada XV c. sekstant dipelihara. Teruskan ke Shakhi-Zinda Necropolis, Khazrati Khizr dan Masjid Bibi-Khanum. Membeli belah di Siab Bazaar.

Waktu petang, kita akan ke stesen kereta api untuk perjalanan ke Tashkent pada pukul 18:00 petang dengan kereta api laju. Dijangka tiba di Tashkent pada pukul 20:10 malam dan makan malam di restoran tempatan.

Check-in hotel dan bermalam di Tashkent.

HARI 9: TASHKENT – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

16 APRIL 2020 (KHAMIS)

Sarapan pagi di hotel. Lawati Museum of Victims of Political Repression - Muzium unik yang dibina untuk mengingati orang yang terbunuh atau dipenjarakan akibat penindasan dan penganiayaan diasaskan di ibu kota Uzbekistan tidak lama dahulu.

Lawatan seterusnya ke Museum of Applied Art - mendedahkan lebih daripada 7,000 sampel seni penerapan: sulaman buatan tangan, topi tengkorak (tyubeteyka), perhiasan, permaidani dan contoh contoh ketukangan pada permulaan abad ke-19 hingga sekarang.

Akiviti shopping. Makan malam, dan terus ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Perlepasan ke Kuala Lumpur pada pukul 22:45 malam.

HARI 10: KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

17 APRIL 2020 (JUMAAT)

Jemaah dijangka tiba di KLIA pada pukul 14:05 petang. Jemaah bersurai.

Included/Exclude

  • Tiket penerbangan INTERNATIONAL pergi/balik, ECONOMY CLASS UZBEKISTAN AIRWAYS
  • Tiket penerbangan Domestik (Bishkek – Osh)
  • Airport Tax pergi/balik
  • Berat Bagasi 30KG / seorang.
  • Hotel 4* - 2 orang sebilik (DBL/TWIN) SAHAJA
  • Insurans Perjalanan
  • Speed Train dari Kokand – Tashkent / Samarkand -
  • Tashkent
  • Bullet Train dari Tashkent – Samarkand
  • Fullboard di Uzbekistan/ Kazakhstan/ Kyrgystan
  • Pengangkutan berhawa dingin.
  • Kos lawatan seperti didalam aturcara.
  • Driver & Tour Guide
  • FREE Beg Trolley Hand Carry
  • FREE Name Tag & Luggage Tag
  • Tips Tour Guide / Driver Bas Uzbekistan, Kazakhstan,
  • Kyrgystan = USD 50/pax
  • Porter angkat bag
  • Perbelanjaan sendiri
  • Khidmat dobi / telefon dan lain-lain
  • Porter Angkat Beg di Hotel
  • Lawatan luar dari aturcara
  • Lebihan bagasi.
  • Upah / perkhidmatan tolak ‘’wheelchair’’

Tour's Location

FAQs

Syarat Pendaftaran
1. Borang Pendaftaran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Passport Bewarna & Jelas
4. Deposit RM1000/seorang
Barangan Percuma
1. Beg Trolley Hand Carry
3. Name Tag & Luggage Tag
Nota Penting / Disclaimer
1. Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline,
2. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
3. Pihak Intifada Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik.Sekiranya berlaku, pihak Intifada Travel tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
4. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan gagal mendapat VISA atau perubahan penerbangan.
5. Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Intifada boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.

Reviews

0/5
Not Rated
Based on 0 review
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
Showing 1 - 0 of 0 in total

Write a review

Created with Sketch.
from RM 7,990.00

Inquiry

You might also like

Get Updates & More

Thoughtful thoughts to your inbox