from RM 9,950.00
Book Now

Umrah & Isra’ Mikraj di Palestine (15 Hari 13 Malam)

Not Rated
Created with Sketch.

Duration

15 Hari 13 Malam

Created with Sketch.

Tour Type

Specific Tour

Created with Sketch.

Group Size

Unlimited

Created with Sketch.

Languages

Arabic, English

Itinerary

HARI 01 KUALA LUMPUR - JEDDAH

19 MAR 2020 (KHAMIS)

Berkumpul di KLIA pada jam 7:30 petang untuk urusan Check-in bagasi dan boarding pass. Urusan imigresen.

Jemaah berlepas ke Jeddah pada jam 11:35 malam.

HARI 02 JEDDAH – AMMAN

20 MAR 2020 (JUMAAT)

Tiba di Jeddah pada jam 03:45 pagi. Transit sebentar di Jeddah.

Berlepas ke Amman pada jam 10:55 pagi dan tiba disana pada jam 12:00 tengahari. Selesai urusan imigresen dan bagasi Jemaah akan dibawa melawat ke Dead Sea.

Kemudian makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, kita akan dibawa ziarah Maqam Nabi Shuib A.S dan Gua Ashabul Kahfi.

Selesai lawatan kita akan dibawa ke hotel untuk check-in dan berehat. Bermalam di Amman.

HARI 03 AMMAN – JERICHO - JERUSALEM

21 MAR 2020 (SABTU)

Bersiap sedia untuk Solat Subuh. Selepas sarapan pagi di Madaba Inn, bertolak ke sempadan Jordan – Palestin. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit. Urusan passport dan bertolak ke imigresen Palestin. Urusan mengambil masa selama 1 jam sehingga 2 jam.

Selesai urusan di imigresen, bertolak ke Jericho (Bandar yang tertua di dunia berusia 10,000 tahun yang juga dikenali dengan nama Ariha dalam bahasa arab) untuk makan tengahari. Kita juga akan dibawa melawat di sekitar bandaraya Jericho.

Selepas itu kita akan melawat Maqam Nabi Musa Alaihisalam dan masjidnya. Solat Zohor jamak taqdim dengan Asar di masjid Nabi Musa alaihisalam. Selesai solat dan penerangan, bertolak ke Baitulmaqdis untuk check in. Makan malam di hotel. Kita akan solat Magrib dan Isyak di Masjid Al-Aqsa.

Pulang ke hotel selepas solat Isyak dan berehat.

HARI 04 JERUSALEM

22 MAR 2020 (AHAD)

Solat Subuh di Masjid Al Aqsa. Pulang ke hotel untuk sarapan pagi. Jam 9 pagi, lawatan dalaman dan di sekitar kawasan Kota Lama yang telah dibina oleh Sultan Sulaiman Al – Qamani ketika Zaman Othmaniah. Disitu terdapat Gua Sulaiman.

Selepas itu masuk ke dalam Old City Jerusalem melalui Damanscas Gate dan menuju ke Holy Sepulchrf Church. Mengikut kepercayaan Kristian, di dalam gereja ini terdapat Keranda dan Makam Nabi Isa A.S dan mereka percaya bahawa tiga hari selepas dikebumikan, Nabi Isa A.S diangkat ke langit.

Seterusnya ke ‘Wailing Wall” iatu tempat ibadat utama orang Yahudi. Kemudian sesi penerangan dan lawatan ke Dome Of The Rock. Disitu terdapat Batu Tergantung dan Dua Masjid Bawah Tanah. Masjid Al Aqsa yang asalnya dibina oleh Nabi Sulaiman terletak di bawah tanah dan Masjid Al-Marwan berusia 1600 tahun di tingkat atas.

Sembahyang Zohor dan Asar di masjid Al-Aqsa. Kita juga akan melawat ke Masjid Buraq.

Selepas itu Shopping di Bazaar yang terletak berhampiran dengan Al Aqsa juga masuk melalui Damascus Gate. Solat Maghrib dan Isyak di Al Aqsa. Makan malam di hotel.

Berehat dan bermalam di Jerusalem

HARI 05 JERUSALEM – RAMALLAH – BETHLEHEM - JERUSALEM

23 MAR 2020 (ISNIN)

Solat Subuh di Al Aqsa. Selepas sarapan pagi dalam jam 8 pagi kita akan bertolak ke Ramallah, disana kita akan dibawa ke Kubur Yasser Arafat. Jika ada waktu terluang kita akan dibawa “shopping’’ di Ramallah.

Selepas makan tengahari kita akan dibawa ke Bethlehem untuk melawat tempat kelahiran Nabi Isa yang terletak di gereja lama dan Masjid Khalifah Umar Al-Khattab ketika beliau melawat Palestin. Kita juga akan masuk ke tempat Penempatan dan Perkampungan Yahudi.

Selesai ziarah kita akan bertolak pulang ke Baitul Maqdis. Solat Magrib dan Isyak di Al Aqsa.

HARI 06 JERUSALEM – AMMAN – JEDDAH - MADINAH

24 MAR 2020 (SELASA)

Selepas solat subuh dan sarapan pagi, kita akan check-out hotel dan bertolak ke Allenby Bridge untuk urusan imigresen.

Selepas itu, kita akan bergerak ke Queen Alia International Airport untuk urusan check-in dan menerima boarding pass.

Kita akan berlepas ke Jeddah pada jam 02:40 petang dan dijangka tiba disana pada jam 06:00 petang. Selesai urusan imigresen dan bagasi kita akan bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.

Setibanya di Madinah, check-in hotel dan berehat.

HARI 07 MADINAH

25 MAR 2020 (RABU)

Sarapan pagi dan Acara bebas (melakukan ibadat).

HARI 08 MADINAH

26 MAR 2020 (KHAMIS)

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Perkuburan Al – Baqi dan Pasar Tamar.

HARI 09 MADINAH – MEKAH

27 MAR 2020(JUMAAT)

Selepas solat Asar, Check out hotel dan melaksanakan Ziarah Wida’. Jemaah akan bertolak ke Makkah.

Jemaah dinasihati memakai ihram sebelum bertolak ke Miqat Bir’ali. Kemudian jemaah akan dibawa ke Makkah dan di jangka tiba di Makkah dan terus Check-in hotel dan jemaah akan dibawa menunaikan umrah yang pertama.

HARI 10 MEKAH

28 MAR 2020(SABTU)

Sarapan pagi dan acara bebas (melakukan ibadat). Berehat di hotel.

HARI 11 MEKAH

29 MAR 2020(AHAD)

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa melawat pada tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabar Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan Mudzalifah. Kemudian jemaah akan dibawa ke Miqat Jaa’ranah.

Sekiranya ingin berumrah lagi, sila bawa kain ihram bersama.

Acara bebas.

HARI 12-13 MEKAH

30 – 31 MAR 2020 (ISNIN-SELASA)

Sarapan pagi dan Acara bebas (melakukan ibadat).

HARI 14 MEKAH

01 APR 2020 (RABU)

Sarapan pagi dan acara bebas (melakukan ibadat). Selepas solat Isyak, kemas bagasi untuk penerbangan pulang pada esok pagi.

HARI 15 MEKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR

02 APR 2020 (KHAMIS)

Selepas Tawaf Wida dan check-out hotel kita akan bertolak ke Airport Jeddah untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 08:00 pagi dan tiba di KLIA pada jam 09:35 malam.

Included/Exclude

  • Tiket penerbangan pergi/balik, ECONOMY CLASS SAUDI AIRLINE
  • Airport Tax pergi/balik
  • Berat Bagasi 23kg+23kg = 2 beg max / seorang
  • VISA Palestin – Passport Malaysia
  • Tax (Jordan/Allenby Bridge/Jerusalem)
  • Hotel di Palestin (Amman & Jerusalem) 2 orang sebilik
  • VISA Umrah
  • Insurans Perjalanan UMRAH – Takaful Ikhlas
  • Speed Train dari Madinah ke Mekah. (Economy Seat)
  • Hotel di Madinah dan Mekah 4-5 orang sebilik.
  • Untuk Bilik Double : (+) RM 800/seorang
  • Untuk Bilik Triple : (+) RM 500/seorang
  • Fullboard di Palestin,Madinah dan Mekkah
  • Pengangkutan berhawa dingin.
  • Kos lawatan di Madinah dan Mekah seperti didalam aturcara.
  • Mutawif / Tour Leader yang berpengalaman.
  • Air zam-zam 5 liter. (tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia)
  • Kursus Umrah
  • Tips Tour Guide / Driver Bas / Pelayan Restoran / Pengurusan Sempadan Jordan & Palestin / Urusan di Airport Jordan (arrival & depart)/Angkat beg / Air Minuman Botol di Palestin = USD 80 / seorang Lawatan tambahan RAMALLAH = USD 20 /seorang Perbelanjaan sendiri Khidmat dobi / telefon dan lain-lain
  • Lawatan luar dari aturcara Lebihan bagasi.
  • Makan tengahari & malam di Mekah.
  • Upah / perkhidmatan tolak ‘’wheelchair’’

Tour's Location

FAQs

SYARAT PENDAFTARAN
1. Borang Pendaftaran
2. Borang Visa Palestin
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Salinan Passport Bewarna & Jelas
5. Deposit RM1000/seorang
BARANGAN PERCUMA
1. Beg Trolley Besar
2. Kecil Sling Beg
3. Beg Kasut Name Tag
4. Luggage Tag Buku Umrah
NOTA PENTING
1. Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline, Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
2. Pihak kami berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik.Sekiranya berlaku, pihak kami tidak memneri jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
3. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan gagal mendapat VISA atau perubahan penerbangan.
4. Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej kami boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.
PENGINAPAN
MADINAH :
FAYROOZ SHATTAH /MUBARAK SILVER / SETARAF (80M-120M)

MEKAH :
SARAYA AJYAD / MYRA AJYAD / SETARAF (250M-350M)

BAITUL MAQDIS :
HOLY LAND EAST HOTEL / CAPITAL HOTEL

Reviews

0/5
Not Rated
Based on 0 review
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
Showing 1 - 0 of 0 in total

Write a review

Created with Sketch.
from RM 9,950.00

Inquiry

You might also like

Get Updates & More

Thoughtful thoughts to your inbox